Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakhabar anda(pembaca)?
Ya, kali ini penulis ter'semangat untuk mengusik blog.
Artikel dibawah ini merupakan artikel 'lama' yang tersimpan tanpa di tayangkan. Bagi mengelak pembaziran ilmu, artikel ini ditayangkan kepada pembaca untuk diambil ibrah(pengajaran) yang ada tanpa menghiraukan kelemahan yang ada. Selamat membaca dan semoga kita bertemu lagi...:)
Salam pertemuan. Alhamdulillah dapat MuhammadS menulis dengan izin Tuhan yang Maha Esa. Dalam terbitan ini MuhammadS mahu menggelarkan diri sebagai penulis sahaja.
Baru-baru ini penulis ada terdengar pasal kawad, kawad,kawad dan kemudian kawad lagi, kemudian kawad lagi, dan akhirnya kawad juga lagi. Telinga ni bukan nak mencuri dengar perkataan "kawad" tapi terdengar. Apa la yang menariknya sangat pasal kawad ni?
Bila terdengar perkataan kawad tu penulis pun sedikit sebanyak terasa la juga. Sebab kena la juga bahan dari budak-budak sekolah. Kita balik pada perkataan tadi.
Sebenarnya penulis berfikir dan tertanya-tanya, kenapa kelebihan yang ada pada kawad tidak digunakan oleh kita(pemimpin pelajar sekolah) untuk mendisiplinkan pelajar?
Apabila ditanya kepada pelajar-pelajar, contohnya:
Ketika dalam barisan kawad pada hari sabtu(syabab)...
Pulapa'ns: Apa tujuan kita kawad?
Pelajar: Tak tahu, tuan!
Pulapa'ns: Tujuan kita berkawad ialah untuk mendisiplinkan diri. Faham!!!
Pelajar: Faham tuan!!!!!
Seperti yang dikatakan perbualan diatas, tujuan kawad diajarkan adalah untuk disiplinkan diri. Persoalannya...
1)Kenapa kita tidak menggunakan kawad untuk mendisiplinkan pelajar, terutamanya pada masa perhimpunan dimana ramai pelajar yang tergerak sana-sini tanpa menghormati orang yang sedang berucap ketika perhimpunan. Tidak kira perhimpunan mingguan ataupun harian.
2)Adakah kawad hanya perlu semasa hari syabab sahaja?
Pepatah arab mengatakan "Ilmu tanpa amal bagaikan pokok tanpa buahnya". Oleh itu tidak salah jika kita mengamalkan ilmu kawad dengan sebaiknya ketika perhimpunan misalnya.
Memang tidak dinafikan bahawa selama ini para pengawas dan pelajar mengamalkan kawad semasa perhimpunan.
Akan tetapi berapa peratuskah kesedaran mereka?
Berapa banyak yang membuatnya dengan bersungguh-sungguh?
Contoh yang berlaku ialah,
pengawas ketika memberi arahan semasa perhimpunan boleh pula bergoyang-goyang dan tidak tegas(tidak memerhatikan barisan pelajar lain).
Pengawas memberi arahan di bawah kanopi dan meyebabkan ramai pelajar tercari-cari siapakah yang sedang berucap ni? Ini merupakan satu perbuatan yang kurang enak dipandang (pada pendapat penulis).
Pelajar yang berada dalam barisan pula tidak melakukan perbuatan kawad dengan betul dan bersungguh-sungguh.
Bila ada pelajar berkawad bersungguh-sungguh semasa perhimpunan, ada pula orang kata "semangat la". Kesian nasib pelajar tersebut. Jadi nak kawad betul-betul atau (betul x3) atau tak nak? "haha, ada otak mau pikir sendiri la".
Sekian sahaja dari penulis...wassalam
.;)
MuhammadS-3x
:-semua perbuatan baik yang dilakukan kerana ALLAH adalah ibadah....-:
Ahad, Mei 29, 2011
Khamis, Mei 20, 2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Alhamdulillah syukur kepada yang Maha Esa kerana memberi penulis peluang untuk menulis pada kali ini. Penulis memohon maaf kepada semua pembaca budiman kerana sudah lama tidak menulis artikel.
Pada masa kini, ilmu memainkan peranan yang penting. Sehinggakan semua pekerjaan memerlukan ilmu. Ilmu juga terbahagi kepada dua, iaitu ilmu baik dan ilmu jahat.
Pada masa kini, ilmu memainkan peranan yang penting. Sehinggakan semua pekerjaan memerlukan ilmu. Ilmu juga terbahagi kepada dua, iaitu ilmu baik dan ilmu jahat.
Sabtu, Mac 13, 2010
Mohon maaf
Assalamualaikum, kepada semua pembaca yang budiman.
Alhamdulillah syukur kepada yang Maha Pencipta kerana memberi kita banyak nikmat yang tidak terbilang. Antaranya nikmat masa lapang dan nikmat kesihatan. Mungkin juga ada dikalangan kita tidak sihat sepenuhnya akan tetapi bersyukurlah kerana kita masih lagi diuji oleh Maha Pencipta untuk meneruskan lagi kehidupan di bumi yang nyata. Dengan kesempatan ini, penulis memohon maaf kerana sudah sekian lama tidak mengedit artikel di dalam blog ini. Hal ini kerana penulis sibuk dengan urusan duniawi.
Selain itu penulis juga mengucapkan ratusan terima kasih diatas sokongan pembaca sekalian serta ingin memohon maaf kepada penunggu setia untuk artikel 'Peristiwa', diatas penarikan artikel tersebut buat sementara waktu. Penarikan tersebut adalah disebabkan jalan ceritanya yang agak lebar dan mungkin akan membuatkan ramai pembaca akan berasa letih untuk membacanya sehingga akhir. Oleh demikian penulis akan cuba dengan sedayanya untuk memendekkan jalan ceritanya.Penulis meminta kepada semua pembaca setia agar bersabar buat seketika dan sekali lagi penulis memohon maaf dan ampun.
Wassalam.

Langgan:
Catatan (Atom)