Menjadi kebanggaan kerajaan Rom kerana kedudukan yang strategik antara Eropah dengan Asia.
Napoleon Bonaparte berkata "sekiranya aku menguasai Konstantinopel maka mudahlah aku menguasai dunia"
Pada 330 masihi Maharaja Konstantine memindahkan ibu kotanya dari Rom ke Konstantinopel. Oleh itu sejarah Konstantinopel pun bermula. Disebabkan peristiwa tersebut, pada tahun 1054 kerajaan Rom Berpecah dua, satu di Rom yang dikenali mazhab Kristian Roman Katolik dan satu lagi di Konstantinopel bermazhab Ortodoks.
Kerajaan Rom Timur ini meliputi negeri-negeri di tenggara Eropah, Asia Kecil, Syria, Palestin, Mesir, pulau-pulau di Mediterranean dan di Corsica dan Sicily. Ketika ini Konstantinopel telah menjadi tumpuan pedagang dari seluruh pelusuk dunia.
Dalam Konstantinopel juga telah dibina gereja Aya Sophia, satu bentuk bangunan yang paling luar biasa cantiknya kerana belum pernah dilihat oleh manusia. Bumbungnya seperti tergantung. Bangunan itu dihiasi dengan batu-batu berwarna emas, perak, dan permata. Lukisan pada dinding dan syilingnya begitu indah sekali.
Malangnya Kerajaan Byzantium sering mengancam perkembangan Islam. Nabi Muhammad s.a.w. pernah mengutus surat kepada Maharaja Rom tetapi surat itu dikoyakkannya sehingga baginda berdoa semoga kerajaan Rom dikoyak-koyakkan oleh tentera Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan