Halaman

Memaparkan catatan dengan label tulisan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tulisan. Papar semua catatan

Sabtu, Mac 13, 2010

Mohon maaf

Assalamualaikum, kepada semua pembaca yang budiman.
Alhamdulillah syukur kepada yang Maha Pencipta kerana memberi kita banyak nikmat yang tidak terbilang. Antaranya nikmat masa lapang dan nikmat kesihatan. Mungkin juga ada dikalangan kita tidak sihat sepenuhnya akan tetapi bersyukurlah kerana kita masih lagi diuji oleh Maha Pencipta untuk meneruskan lagi kehidupan di bumi yang nyata.
Dengan kesempatan ini, penulis memohon maaf kerana sudah sekian lama tidak mengedit artikel di dalam blog ini. Hal ini kerana penulis sibuk dengan urusan duniawi.

Selain itu penulis juga mengucapkan ratusan terima kasih diatas sokongan pembaca sekalian serta ingin memohon maaf
kepada penunggu setia untuk artikel 'Peristiwa', diatas penarikan artikel tersebut buat sementara waktu. Penarikan tersebut adalah disebabkan jalan ceritanya yang agak lebar dan mungkin akan membuatkan ramai pembaca akan berasa letih untuk membacanya sehingga akhir. Oleh demikian penulis akan cuba dengan sedayanya untuk memendekkan jalan ceritanya.Penulis meminta kepada semua pembaca setia agar bersabar buat seketika dan sekali lagi penulis memohon maaf dan ampun.

Wassalam.

Jumaat, Januari 22, 2010

Peristiwa

Selamat sejahtera kepada anda semua. Kali ini saya mahu menceritakan sedikit pengalaman hidup saya pada tahun 2009. Ceritanya bermula dengan...

Tanggal 9 DISEMBER 2009, mencatatkan sejarah kelabu bagi diriku ini. Disaat-saat

akhir sebulan menghadapi peperiksaan SPM tiba-tiba aku telah terlibat dengan satu

kemalangan di jalanraya yang membabitkan aku dan pengguna lain. Kejadian kemalangan

ini aku gelarkan sebagai "peristiwa".

Lumrah seorang manusia yang dikurniakan akal fikiran oleh ALLAH(maha pencipta),

membuatkan aku banyak berfikir tentang peristiwa itu. Antaranya ialah

persoalan-persoalan yang datang secara sendirinya. Contohnya, Bagaimana kejadian ini

boleh berlaku? Adakah aku yang bersalah/berdosa? Adakah ini ujian dari ALLAH? Apa

sebabnya berlaku? Apa yag akan terjadi pada diriku? Bagaimana perasaan ibubapaku?

Bagaimana aku boleh terselamat? Cuba fikir...

Selepas peristiwa tersebut aku dapat merasakan kehilangan beberapa nikmat yang

ALLAH pernah beri kepada aku sebelum ini.

Antara nikmat tersebut ialah nikmat KESIHATAN, dimana aku merasai betapa sengsaranya

apabila kita sakit. Disebabkan peristiwa itu, aku telah dapat beberapa luka yang

agak teruk dan juga tidak berapa teruk dibeberapa bahagian dekat tubuh badan aku.

Pedihnya kesakitan luka yang aku alami ditubuh badan menyebabkan beberapa bentuk

pergerakan badan, tangan dan kaki tidak boleh dilakukan. Tambahan pula bila pergi

klinik dapat pula ubat-ubatan yang pelbagai. Untuk pengetahuan aku memang kurang

minat untuk makan ubat, kerana makan ubat akan mengganggu jadual rutin harian aku.

Terutama sekali ubat antibiotik yang akan melemahkan antibodi original aku.

Aku nak fokuskan lagi kepada nikmat TANGAN. Ini kerana antara luka aku yang paling

teruk ialah dekat tangan(siku). Selepas sahaja peristiwa itu aku pun melihat kesemua

luka-luka yang aku dapat secara percuma. Apabila melihat sahaja pada luka dekat

siku, aku pun mula geli dan berfikir inilah dia antara nikmat yang ALLAH berikan

yang selalu dan ramai orang abaikan. Disebabkan luka tersebut, tangan aku susah nak

bergerak banyak dan aku selalu meluruskan sahaja tangan aku seperti robot.

Persoalannya, bagaimana aku nak menghadapi dengan kawan-kawanku, guru-guruku, dan

pengawas peperiksaanku di sekolah nanti? Apa aku nak jawab nanti? Berfikirlah aku

lagi. Akhirnya saat yang dinantikan pun tiba. Semua persoalan terjawab apabila aku

hadir sahaja dekat sekolah pertama kali selepas peristiwa untuk menghadiri bengkel

Bahasa Arab yang terakhir. Seperti jangkaan aku terdapat beberapa orang yang

menanyakan tentang luka aku dan mereka tidak menyangka aku akan terlibat dalam

kemalangan. Golongan pertama sekali bertanya kepada aku ialah kawan-kawanku,

kemudian pengawas peperiksaanku, dan akhir sekali guru-guruku. Jawapan aku pada

mereka pada masa itu ialah aku kemalangan kecil sahaja dan tidak teruk sangat. Masa

itu aku terpaksa buat muka tebal sedikit untuk 'control' di khalayak ramai.

Terdapat seorang kawanku yang bertanya aku dengan nada taksub "kau kemalangan ke?

dekat mana? macam mana kau boleh kemalangan? ceritalah sikit" kata Ghazi(bukan nama

sebenar). Aku jawab, nantilah aku akan cerita (personal) sebab nanti bila ramai yang

dengar, malu aku. Pada masa tu terdapat bengkel bahasa arab(antara subjek kesukaan

aku) yang terakhir. Dalam sehari tu hampir tiga kali(tak silap), Ghazi tanya dekat

aku soalan yang sama semasa bengkel sedang berjalan. Hilang tumpuan aku[sedih ;( ].

Seterusnya aku nak beritahu tentang nikmat AIR. Semestinyalah luka yang teruk tidak

boleh kena air. Oleh itu semasa mengambil wudhu kenalah aku berwaspada dan menahan

kesakitan tersebut apabila setiap kali tibanya waktu solat. Selain itu ketika makan

pula selalunya aku akan basuh tangan dahulu dengan air akan tetapi selepas peristiwa

itu, aku terpaksa guna sudu dan garfu sahaja. Oleh itu aku tidak dapat menggunakan

nikmat air dengan sepenuhnya.

Nikmat kali ini pula ialah nikmat MENULIS. Aku mula merasakan nikmat ini apabila aku

mahu membuat latihan untuk menghadapi peperiksaan SPM yang seterusnya. Apabila

tangan aku tidak boleh banyak bergerak, gaya tulisan aku juga turut berubah.

Perubahan ini membuatkan tulisan aku semakin kurang kemas dan cantik. Aku berfikir

lagi, mungkin ini dia salah satu ujian yang diberikan oleh ALLAH kepada diriku ini.

Mahu menguji kesabaran aku dan tempat bergantungnya aku. Alhamdulillah aku masih

mengingati ALLAH dan memohon kepadanya agar permudahkan aku ketika menjawab soalan

SPM yang akan datang nanti. Semasa menjawab soalan SPM aku diberi kekuatan untuk

menulis dengan baik dan lancar walaupun terdapat sedikit kelemahan sehinggalah

tamatnya kertas peperiksan SPM yang terakhir. Alhamdulillah, aku akhiri peperiksaan

tersebut dengan sujud syukur kepada yang MAHA ESA.

Disamping itu, antara hikmah yang aku perolehi daripada peristiwa itu ialah aku

dapat mengetahui cara memandu yang lebih baik untuk diaplikasikan pada masa akan

datang. Pengalaman memandu juga turut memberikan aku satu tamparan yang hebat

sehingga membuatkan aku mengatakan bahawa kita perlu memandu secara bijak. Tidak

penting siapa yang salah, yang penting ialah keselamatan kita dan semua pihak.

Pengalaman memandu sehingga kemalangan merupakan satu kelebihan yang diberikan oleh

ALLAH kepada aku. Oleh itu aku tidak akan mensia-siakan anugerah ini.

dan akhirnya aku dapat banyak pengajaran yang boleh diambil iktibar dan belajar dari

kesilapan. Oleh demikian aku hendak pesan kepada diriku sendiri dan para pembaca

sekalian, "Bersyukurlah kita dengan SEMUA nikmat yang diberikan kepada kita oleh

ALLAH, tanpa membandingkan dengan orang yang lebih mewah dari kita.

maaf tak reti nak buat ayat gramatis dan intonasi yang sesuai...

akan bersambung pada masa akan datang. Harap dapat bersabar.

Sabtu, April 11, 2009

Kelebihan pada jalan Benar

Kali ini aku hendak menyeru kepada semua manusia agar menggunakan kelebihan yang Maha Esa beri kepada jalan yang benar. Ingatlah bahawa kelebihan yang kita ada juga adalah amanah daripada Tuhan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah dapat kita hidup pada hari ini serta mendapat banyak nikmat daripada ALLAH.
Seperti yang dikatakan di atas bahawa setiap sesuatu pasti ada kelebihan dan kelemahan. Oleh demikian jelaslah kepada kita bahawa kita juga mempunyai kelebihan dan juga kelemahan. Pada hari ini saya ingin menyentuh mengenai menggunakan kelebihan yang kita ada untuk jalan kebaikan.

Apabila kita mempunyai kelebihan seperti suka berhujah ataupun suka melawan arahan guru. Seharusnya kita menggunakan perbuatan kita yang suka menjawb dan melawan arahan guru untuk menjawab soalan-soalan orang kafir yang mahu masuk islam.

Selain itu jika kita suka bergaduh ataupun pukul kawan kita, seharusnya juga kita tukar sasaran kita daripada pukul kawan kepada pukul orang kafir yang melawan islam. Bukankah itu lebih baik. Tiada gunanya jika orang islam saling bergaduh sama sendiri.

Mungkin anda tidak nampak dengan jelas apa yang saya nak sampaikan. Betul ataupun salah? Kita cuba pergi kepada contoh yang senang lagi.

Contoh yang senang ialah perasaan cinta kita kepada kekasih(manusia ajnabi) kita. Mengapa kerana kekasih, kita sanggup belanjakan wang kita untuk memberikan kepada kekasih kita, padahal mana ada ikatan ketika itu.
Perkara ni ramai yang tidak sedar sehinggalah mereka terima balasan daripada ALLAH yang Maha Besar. Sepatutnya kita belanjakan wang kita untuk ke jalan ALLAH ataupun bersedekah. Lebih banayak manfaat boleh dapat.

Banyak lagi perkara yang serupa ataupun seakan-akan dengan perkara yang ditulis. Aku berharap ramai yang mengambil pengajaran dengan baik.

Jumaat, April 03, 2009

Kepala Botak


Apa pendapat anda terhadap kepala botak?
Adakah sekolah benarkan pelajarnya botak?

Kenapa "ketua pelajar" kepala botak?
Tidakkah anda mahu mencontohi "ketua pelajar" ?

Kenapa anda tidak suka kepala botak?
Kenapa anda suka kepala botak?

Nak kongsi pandangan? sinilah tempatnya...
Andalah yang menentukannya...

Selasa, Mac 17, 2009

Kata-kata Uji Cekap '09

Alhamdulillah, bersyukur kepada Tuhan yang Maha Esa kerana dengan izinnya Perkhemahan Uji Cekap '09 dapat berjalan sehingga tamatnya tanpa ada masalah yang besar timbul.

Memang banyak kata-kata yang komen tentang perkhemahan ini. Tapi apapun kita terimanya.

Komen tentang perkhemahan ini, banyak juga antaranya:

Ramai yang tidak menepati masa. Sejak mula program lagi masa tidak diuruskan dengan baik. Arahan yang senang dan mudah ramai yang tidak dapak ikut dengan baik. Dalam tentera masa dan arahan amat penting untuk dijaga kerana lewat sedikit akan membawa kesan buruk seluruh pasukan dan tidak ikut arahan juga akan dianggap sebagai penderhaka pasukan.

Apabila disuruh membaca mathurat ramai yang malas nak baca. Padahal perbuatan itu akan memberi manfaat kepada pembaca tersebut. Terutamanya yang ada penyakit. Bab ni memang ana tegaskan sebab seorang punya pasal dia akan memberi kesan kepada yang lain.

Apabila sampai tapak perkhemahan, ramai juga yang lambat mendirikan khemah, gajet, pagar dan sebagainya. Memang sudah dijangkakan. Peserta pula bukan nak bahagikan kerja. Bila seorang buat khemah semua tengok khemah. Sudah besar pandai fikir sendiri.

Kebersihan pula tidak dijaga dengan baik. Malam pertama je da ada banyak sampah dengan daun buluhnya, parang tak bertutup bersepah seperti pasar malam, dan lain2 lagi. Duduk menumpang tempat orang buat la macam duduk tempat orang. Jaga kebersihan, percakapan, tingkah laku dan sebagainya.

Banyak orang kata pasal peserta banyak sakit. Hal ni memang menjadi satu perkara utama dalam otak penulis. Penulis pun mengaku memang peserta tahun ni manja, lemah, ngada-ngada, dan lain-lain. Paling ketara ialah peserta yang dari awal sakit tapi nak ikut juga perkhemahan. Penulis tak mahu ulas lebih-lebih takut mengaibkan. Harap tuan punya badan dapat faham dan jangan mengulanginya lagi.
Sepatutnya arahan ketua/pemimpin mestilah dan wajib dipatuhi.

Pada masa jungle trekking pula, banyak masalah yang timbul. Barang tertinggal sampaikan Pengarah sendiri yang pergi ambil barang tersebut. Pengarah yang sebelum mula perkhemahan sibuk sehinggalah semasa perkhemahan juga sibuk disebabkan orang lain. Penulis merasakan aktiviti jungle trekking ini antara aktiviti yang menarik. Adanya aktiviti abseiling di tepi air terjun dan river crossing.

Peserta tahun ni bertuah kerana dapat melalui abseiling dekat air terjun yang sungguh indah. Penulis juga turut merasai keenakan nya sambil berseronok.
Penulis juga terdengar suara peserta yang takut hendak turun abseiling. Sehinggakan ada yang bertanya "abang, boleh tak kalau saya tak payah abseiling?". Penulis pun dengan tersenyum pun menjawab "mana boleh".

Saat kemuncak pun tiba dimana semua peserta selesai melakukan abseiling dan river crossing. Para alumnai pula telah bergerak awal dan meninggalkan 'barang amanah' . Terpaksalah penulis mengangkatnya dengan hati yang rela bercampur berat. Masa tu memang nak mengata tapi apa bole buat terpaksa juga angkat 'barang amanah'. Harap sesiapa yang menjadi alumnai selepas ni agar tidak meniggalkan 'barang amanah'.

Sampai sini sahaja tulisan penulis. Mana yang salah sama-sama kita betulkan, mana yang betul sama-sama kenangkan. Kalau ada terasa penulis mohon maaf.

Sesiapa yang nak luahkan isi hati, komen, pendapat dan sebagainya mengenai uji cekap 2009 silakan untuk tulis di ruangan balasan diakhir petikan ini.

Sekian, wassalam.

Isnin, Mac 09, 2009

Uji Cekap 2009


Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca sekalian...

Perkhemahan Uji Cekap 2009 akan berlangsung tidak lama lagi. Semua pelajar Tingkatan 3 Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak wajib hadir perkhemahan ini.

Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh: 13,14 dan 15 Mac 2009
Hari: Jumaat, Sabtu dan Ahad
Masa: 2.30 p.m.(Jumaat)- 5.30p.m.(Ahad)
Tempat: Emberstone, Ulu Yam
Peserta: 160 orang murid
Ajk: 21 orang
Guru: 9 orang
JPAM: 2 orang
Yuran: RM 10 (peserta)

Terdapat beberapa objektif yang telah ditetapkan antaranya ialah:

(i) Memberi satu kefahaman yang jelas kepada murid-murid bahawa Islam adalah satu cara hidup dan segala ajarannya hendaklah diamalkan dalam semua aspek kehidupan dan pada semua keadaan.

(ii) Memberi kesedaran kepada murid-murid untuk mematuhi peraturan sekolah dengan penuh rasa tanggungjawab.

(iii) Mendidik murid-murid supaya sentiasa bersiap-sedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi apa jua kemungkinan yang bakal berlaku.

(iv) Melatih murid-murid menjadi ketua yang mampu memimpin pasukan dengan baik atau menjadi pengikut yang mampu menunjukkan ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada pemimpin.

(v) Memupuk semangat juang yang tinggi untuk meninggikan syiar dan mempertahankan kesucian Islam.

Tema:

“Ibarat Singa di Siang Hari, Abid di Waktu Malam”

Kita mahu melahirkan generasi yang kuat dan bertaqwa, bukan seperti "buih di lautan yang banyak tetapi tidak berguna" (lemah dan rapuh imannya)

Barisan Ahli Jawatan Kuasa Perkhemahan Uji Cekap 2009 adalah seperti berikut:

PENGARAH: MUHAMMAD SULAIMAN BIN MOHD SAHAR

TIMBALAN PENGARAH: HUSNA BINTI MOHD JAMIL

SETIAUSAHA: MUHAMMAD ARODHI BIN MOHD NAJID
NUR DIYANA BINTI NAS TAMIMI

BENDAHARI: MOHD NABIL AFHAM BIN MOHD FUAD
SYIFA’ BINTI KAMARUDIN

Aktiviti Dan Tempat: AHMAD FAWWAZ ZUHAILI BIN ABDUL RAHIM
AZIZI BIN MOKHTAR
TENGKU FARHANA BINTI TENGKU JOHARI
MARYAM MUSFIRA BINTI NORDIN

Disiplin Dan Kebersihan: AMIR MOHSEIN BIN GAZALI
KHALILAH ALHUDA BINTI KAMILEN

Keselamatan Dan Perubatan: ABDUL HADI BIN HARON
ATIFAH FAKHRIAH

Rakaman: AS-SYUKRI BIN MOHD ROSLI
NUR MAWADDAH BINTI AHMAD SODIKIN

Pengangkutan Dan Peralatan: NIK MUHAMAD AIMAN BIN NORDIN
SYAZA

Makanan: AIMAN HAFIDZ BIN RUSMAN
ANIS FARHANA BINTI ZUL

Antara aktiviti yang menarik dalam perkhemahan ini ialah:
-> Rope Climbing
-> River Trekking
-> Jungle Trekking
-> Misi mendapatkan "Bendera Kuasa"
-> Solat ketika Perang
-> dan lain-lain lagi yang menarik.

Setiap kumpulan perlu berbincang sesama sendiri untuk strategi membina sebuah negara Idaman mereka.

Semoga program perkhemahan ini berjalan dengan lancar dengan izin ALLAH yang (Maha Berkuasa).

Jika terdapat sebarang soalan, kritikan atau cadangan sila berhubung dengan penulis secepat yang mungkin atau layari pautan ini..."ucekap.blogspot.com"

Jumaat, Februari 27, 2009

Muka Andalus

Salam pertemuan kembali,
kali ini saya hendak menceritakan pengalaman sebagai "Muka Andalus"

"muka andalus" bermaksud muka yang apabila orang(terutamanya pelajar al-amin) lihat seakan-akan seperti tuan muka itu adalah ahli andalus.

Apakah perasaan anda jika anda digelarkan sebagai "muka andalus"?

Apa perkara sebenar saya hendak beritahu adalah bahawa ramai murid al-amin yang memanggil/menggelar saya sebagai andalus. Contohnya ialah "Anta tak pergi mesyuarat andalus ke? " penggelar menanya. Saya balas dengan "mesyuarat andalus? sejak bila pula ana menjadi andalus?. Ana bukan andalus la."

Apabila saya berfikir balik mengapa boleh terjadi perbualan seperti diatas?
Akhirnya saya dapat memikirkan beberapa jawapan yang munasabah. Antaranya ialah mungkin muka saya yang dijadikan oleh Maha Pencipta adalah seperti muka andalus. Serta mungkin ini satu ujian daripada Maha Mengetahui.

Mungkin anda rasa saya seperti perasan dan syok sendiri tetapi hakikatnya saya hanya hendak meluahkan sedikit isi hati yang telah terkeluar. Sama ada suka dan duka. Harap tiada salah faham daripada post ini.

Setakat ini sahaja cerita nya. Harap anda terhibur dan mendapat manfaat daripadanya. Semoga...

nota: petikan ini tidak ada kena mengena dengan pihak Andalus bahkan berbentuk persendirian. Harap tiada salah faham daripada anda.



Selasa, Disember 30, 2008

Cuti Sekolah Membosankan Bila...

Pernah tak anda semua terfikir yang satu hari nanti cuti sekolah kita akan jadi tak seronok macam selalu. Mari kita tengok apa sebab-sebabnya...

Cuti Sekolah Membosankan Bila...Elok je cuti sekolah bermula, masa tu jugaklah ayah kita kena kerja 'out station'. Sampai berminggu-minggu pulak tuh. Sah-sahlah terperap kat rumah je lah kita ni.

Cuti Sekolah Membosankan Bila...Kita tak dapat nak balik bercuti kat kampung pasal atuk dan nenek dah datang melawat kita dahulu. Macam nak tinggal lama pulak tu. Nampak gaya tak dapat nak mandi sungai, nak panjat pokok, nak makan buah kat kampung atuk...

Cuti Sekolah Membosankan Bila...Mak suruh kita jaga dan tengok-tengokkan adik yang baru tau nak berjalan, yang baru nak belajar fungsi tangannya sendiri dan baru nak mengenali keunikan barang-barang isi rumah. Dengan kebuasannya yang memerlukan pengawasan 24 jam, pasti ia akan mengganggu rutin kehidupan harian kita...

Cuti Sekolah Membosankan Bila...Kawan-kawan yang duduk berjiran, semua dah ada program masing-masing. Ada yang balik kampung la, bercuti kat pulau la. Camping dengan famili la. Tinggal la kita terkontang-kanting tanpa arah tujuan. Takkan nak ajak main bola dengan kucing peliharaan...


Cuti Sekolah Membosankan Bila...
Hujan lebat dari pagi sampai ke malam mula hari pertama cuti sekolah lagi. Musim tengkujuh dah bermula la ni. Bayangkanlah nak pergi mana pun tak boleh. Duduk kat dalam rumah ajelah. Nak tengok TV cerita kartun, hujan-hujan ni TV pulak tak dapat siaran tapi setiap bulan ayah kena jugak bayar bil...

Cuti Sekolah Membosankan Bila...Bila cuti sekolah, masa tu jugaklah kakak atau abang kita nak kahwin. Jadi, dalam masa sebulan ni famili kita akan sibuk nak uruskan majlis hingga tak ada sapa nak fikir pasal kita. Apa aktiviti kita nak buat nanti? Takkan hari-hari kita nak kena tolong buat bunga telur aje...

Cuti Sekolah Membosankan Bila...Satu hari ayah dan mak kita balik ke rumah dan masing-masing bagitau yang diaorang tak dapat bonus tahunan seperti tahun yang sudah. Jadi planning untuk pergi bercuti ke tempat peranginan sempena cuti sekolah ni terpaksa dibatalkan kerana tiada budget...

MuhammadS:"Petikan ini diambil dari Komik (ana muslim). Ia sekadar untuk renungan anda. Walaupun sekolah buka tak lama lagi, petikan ini mungkin boleh dijadikan pengajaran supaya kita merancang aktiviti yang berfaedah ketika cuti yang akan datang."

AMARAN: Artikel ini mengandungi bahasa pasar. Harap anda tidak meniru cara tulisan ini dalam karangan anda dan yang sewaktu dengannya.

Ahad, Disember 14, 2008

Orang Bakhil

Dari Hussain bin Ali, dari Nabi Muhammad S.A.W., sabdanya:
"Orang yang bakhil ialah orang yang ketika disebut namaku disisinya ia tidak mengucapkan selawat kepadaku."


Kesimpulannya
; Sesiapa yang tidak berselawat ketika nama Nabi Muhammad S.A.W. disebut maka orang tersebut merupakan manusia yang bakhil pada pandangan Islam. Berselawat ini juga merupakan satu tuntutan yang kita perlu buat.

Pada masa kini jarang kita mendengar orang mengucapkan selawat kepada nabi ketika nama Baginda disebut. Persoalannya adakah mengucapkan selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W. SUSAH ??? Salah? Berdosa?

Selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W. merupakan salah satu ibadah yang mulia dan mendapat pahala besar jika kita mengucapkannya.
Bahkan merupakan satu ucapan yang mudah serta tidak memerlukan tenaga yang banyak, dan hanya memerlukan hati yang ikhlas untuk mengucapkannya.

Harap anda dapat memahami petikan ini serta mengamalkannya dan meyebarkannya kepada orang lain.

Sekian, salam penutup.

Sabtu, Oktober 18, 2008

Pengenalan

Assalamualaikum, Kepada semua pembaca yang budiman. Selamat datang dan tahniah kerana melayari blog sederhana ini. Blog ini baru sahaja diadakan. Saya memohon maaf jika ada kekurangan yang terdapat di blog ini.

wassalam.