Halaman

Ahad, Disember 14, 2008

Orang Bakhil

Dari Hussain bin Ali, dari Nabi Muhammad S.A.W., sabdanya:
"Orang yang bakhil ialah orang yang ketika disebut namaku disisinya ia tidak mengucapkan selawat kepadaku."


Kesimpulannya
; Sesiapa yang tidak berselawat ketika nama Nabi Muhammad S.A.W. disebut maka orang tersebut merupakan manusia yang bakhil pada pandangan Islam. Berselawat ini juga merupakan satu tuntutan yang kita perlu buat.

Pada masa kini jarang kita mendengar orang mengucapkan selawat kepada nabi ketika nama Baginda disebut. Persoalannya adakah mengucapkan selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W. SUSAH ??? Salah? Berdosa?

Selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W. merupakan salah satu ibadah yang mulia dan mendapat pahala besar jika kita mengucapkannya.
Bahkan merupakan satu ucapan yang mudah serta tidak memerlukan tenaga yang banyak, dan hanya memerlukan hati yang ikhlas untuk mengucapkannya.

Harap anda dapat memahami petikan ini serta mengamalkannya dan meyebarkannya kepada orang lain.

Sekian, salam penutup.

2 ulasan:

-Amin HaR- berkata...

Hm..jika kita ambil dr sudut yg lain...Mereka mungkin tidak tahu/tidak paham/tak pernah belajar..

mereka mungkin tidak diingatkan..
tidak tahu kepentingan..
jadi, bagus tindakan anda..anda memberitahu kpd yg tak tahu...kita belajar sama2 utk yg tahu dan yg tidak tahu...

MuhammadS-3x berkata...

Salam,

Terima kasih di atas pendapat anda. Saya menghargainya.Semoga yang tahu dapat amalkan dan yang tidak tahu dapat belajar seterusnya mengamalkannya.
Teruskan melawati blog ini serta memberi pendapat dan apa-apa sahaja komen anda.

Sekian, salam penutup.