Setelah lama penulis mencari ayat ini berbulan-bulan menunggu, akhirnya penulis terjumpa juga artikel ini. Tujuan penulis mencari artikel ini adalah untuk cuba mengamalkannya.
Satu lagi tujuan penulis mahu mengemukakan artikel ini adalah kerana penulis berniat untuk berdakwah pada jiran sebelah yang bukan islam lagi.
Ada orang tanya "Berapa orang dah kamu dakwah masuk Islam?"
Sebagai seorang islam kita perlulah mendakwah orang isalam dan bukan islam, kerana itu adalah satu kewajipan kita.
Ikutilah langkah-langkah di bawah ini;
1) Kami datang untuk beritahu tuan perkara yang sangat penting. Kita semua manusia adalah satu keluarga walaupun berlainan bangsa dan kita berasal dari satu datuk iaitu Adam.
2) Kita dicipta oleh satu tuhan namanya Allah. Tiada tuhan selain Allah. Allah sangat sayang kepada semua manusia dan Dia mahu kita berjaya. Tandanya, Allah bagi kita agama. Siapa yang amal agama pasti berjaya dan siapa yang tinggalkan agama pasti gagal.
3) Jadi, untuk ajak manusia kepada Allah dan agamaNya. Allah telah hantar banyak nabi-nabi dan nabi yang terakhir ialah Nabi Muhammad saw, dia juga telah meninggal.
4) Kami orang islam wakil Nabi Muhammad saw untuk mengajak tuan masuk islam. Masuklah islam pasti tuan selamat. Kalau tuan setuju bahawa Tiada tuhan selain Allah, tiada berkuasa selain Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah, tuan ucaplah Lailahailllah Muhammadarasulullah. Pasti tuan akan berjaya.
5) Kalau jawapannya sedia, bawanya ke masjid.
6) Kalau jawapannya belum sedia, tuan fikirlah dan tuan buat pilihan yang terbaik.
(Petikan ini diambil dari kayu-hijau )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan