Halaman

Sabtu, November 22, 2008

Unggun Api




Unggun api merupakan salah satu perkara yang penting apabila kita berada di dalam hutan terutamanya pada waktu malam. Ia juga dapat memberikan pelbagai manfaat dan kegunaan.

Antara faktor pentingnya unggun api ialah:

1) Menghindarkan binatang buas.
2) Menerangi kawasan hutan atau tapak khemah.

Antara manfaat unggun api pula ialah:

1) Dapat mengeringkan pakaian yang basah.
2) Dapat memanaskan badan pada waktu malam.






Pelbagai cara boleh digunakan untuk menghidupkan api. Salah satu contoh cara untuk hidupkan unggun api ialah:



(BAHAN2: mancis, lilin askar, ranting kayu, kayu mati)



1) Korek lubang sedikit untuk memberi ruang kepada lilin askar diletakkan. 2) Susun ranting kayu yang telah dikumpul di atas lubang dengan susunan yang kemas dan mempunyai ruang udara untuk api mengambil gas oksigen. 3) Hidupkan api dekat lilin askar. 4) Letakkan lilin askar yang ada api, di bawah ranting kayu yang telah disusun dengan rapi. 5) Apabila api sudah membakar ranting kayu, letakkan kayu yang lebih besar daripada ranting kayu di atas ranting kayu tadi. 6) Ulang langkah nombor 3 sehingga unggun api tersebut sudah menghasilkan bara yang kuat. 7) Masukkan kayu yang besar di atas unggun api yang telah jadi bagi mengekalkan unggun api tersebut terus hidup.






Antara bahan yang selalu digunakan untuk menghidupkan api ialah mancis, lilin, lighter, dan sebagainya. Bahan yang boleh digunakan untuk mengekalkan api bertahan lebih lama antaranya ialah kayu mati, buluh kering(kuning), dan sebagainya.






Semua ilmu ini datangnya daripada ALLAH yang maha pemurah. Saya hanya hamba yang lemah dan sekadar penyampainya sahaja. Segala kesalahan harap dimaafkan dan ditegur untuk membaiki kelemahan yang ada.






Sampai sini sahaja tulisan saya. Harap anda dapat memahami dan mengambil faedah daripada petikan ini. Dijemput segala komen yang ada untuk membaiki kelemahan ini.

Kota Konstantinopel

Menjadi kebanggaan kerajaan Rom kerana kedudukan yang strategik antara Eropah dengan Asia.

Napoleon Bonaparte berkata "sekiranya aku menguasai Konstantinopel maka mudahlah aku menguasai dunia"


Pada 330 masihi Maharaja Konstantine memindahkan ibu kotanya dari Rom ke Konstantinopel. Oleh itu sejarah Konstantinopel pun bermula. Disebabkan peristiwa tersebut, pada tahun 1054 kerajaan Rom Berpecah dua, satu di Rom yang dikenali mazhab Kristian Roman Katolik dan satu lagi di Konstantinopel bermazhab Ortodoks.

Kerajaan Rom Timur ini meliputi negeri-negeri di tenggara Eropah, Asia Kecil, Syria, Palestin, Mesir, pulau-pulau di Mediterranean dan di Corsica dan Sicily. Ketika ini Konstantinopel telah menjadi tumpuan pedagang dari seluruh pelusuk dunia.


Dalam Konstantinopel juga telah dibina gereja Aya Sophia, satu bentuk bangunan yang paling luar biasa cantiknya kerana belum pernah dilihat oleh manusia. Bumbungnya seperti tergantung. Bangunan itu dihiasi dengan batu-batu berwarna emas, perak, dan permata. Lukisan pada dinding dan syilingnya begitu indah sekali.

Malangnya Kerajaan Byzantium sering mengancam perkembangan Islam. Nabi Muhammad s.a.w. pernah mengutus surat kepada Maharaja Rom tetapi surat itu dikoyakkannya sehingga baginda berdoa semoga kerajaan Rom dikoyak-koyakkan oleh tentera Islam.

Rabu, November 19, 2008

Sultan Muhammad Al-Fateh

Merupakan Penakluk Kontantinopel...

"Kontantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik"
-Nabi Muhammad s.a.w.-

"Kalau dunia ini sebuah negara, maka Konstantinopel inilah yang paling layak menjadi ibu negaranya"
-Napoleon Bonapart-

"Tidakkah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!"
-Ahli sejarah Byzantine-

"Wahai Sultan Murad (ayahanda Muhammad al-Fateh), bukan tuanku yang membebaskan kota Konstantinopel, tetapi anak yang di dalam buaian itu (Muhammad al-Fateh)"
-Syeikh Syamsuddin Al-Wali (ulama' penasihat sultan)-

Kedudukan makanan manusia

Gambar di atas menunjukkan makanan haiwan(kucing) terletak atas daripada makanan manusia(tuna). Ini bermakna penyusunnya lebih muliakan haiwan daripada manusia.

Gambar ini diambil di sebuah kedai runcit yang dimiliki oleh orang bukan islam, yang terletak di sekitar Selayang.

Paling pelik sekali ialah perbuatan ini dilakukan oleh manusia sendiri. Adakah penyusun tersebut tiada rasa hormat kepada makanan manusia? Mungkin anda dapat menentukannya.

Apa yang hendak ditekankan di sini ialah, sikap segelintir masyarakat kita pada masa kini. Mereka sekarang semakin tidak kenal mana yang baik dan mana yang buruk.

Mungkin perbuatan tersebut tidak berlanggar dengan undang-undang. Tetapi dari segi logik akal fikiran yang waras, perbuatan tersebut dianggap seperti tiada hormat kepada makanan manusia yang diberikan oleh ALLAH. Oleh itu kita perlulah menghargai dan menghormati makanan dan rezeki yang diberikan oleh ALLAH yang maha pemurah.

Bagi sesiapa yang ada cadangan, bantahan atau komen silalah tulis di ulasan kenyataan ini...
Sekian...