Halaman

Jumaat, Februari 27, 2009

Muka Andalus

Salam pertemuan kembali,
kali ini saya hendak menceritakan pengalaman sebagai "Muka Andalus"

"muka andalus" bermaksud muka yang apabila orang(terutamanya pelajar al-amin) lihat seakan-akan seperti tuan muka itu adalah ahli andalus.

Apakah perasaan anda jika anda digelarkan sebagai "muka andalus"?

Apa perkara sebenar saya hendak beritahu adalah bahawa ramai murid al-amin yang memanggil/menggelar saya sebagai andalus. Contohnya ialah "Anta tak pergi mesyuarat andalus ke? " penggelar menanya. Saya balas dengan "mesyuarat andalus? sejak bila pula ana menjadi andalus?. Ana bukan andalus la."

Apabila saya berfikir balik mengapa boleh terjadi perbualan seperti diatas?
Akhirnya saya dapat memikirkan beberapa jawapan yang munasabah. Antaranya ialah mungkin muka saya yang dijadikan oleh Maha Pencipta adalah seperti muka andalus. Serta mungkin ini satu ujian daripada Maha Mengetahui.

Mungkin anda rasa saya seperti perasan dan syok sendiri tetapi hakikatnya saya hanya hendak meluahkan sedikit isi hati yang telah terkeluar. Sama ada suka dan duka. Harap tiada salah faham daripada post ini.

Setakat ini sahaja cerita nya. Harap anda terhibur dan mendapat manfaat daripadanya. Semoga...

nota: petikan ini tidak ada kena mengena dengan pihak Andalus bahkan berbentuk persendirian. Harap tiada salah faham daripada anda.



4 ulasan:

mas syarep berkata...

kesian..apa perasaan anda yg sbnrnyer bile anda dituduh anda ini adalah andalus???

MuhammadS-3x berkata...

perasaan saya sebenarnya apabila dituduh sebagai andalus ialah kelakar+terkejut= terpaksa terima takdir ilahi. Ha.....ha. Masa tu hanya tuhan je la yang tahu betapa terkejut + klakarnya.
Tetapi apa yang ana cuba ketengahkan ialah mengapa muka macam baik sikit je orang terus gelarkan andalus. Seperti semua yang baik = andalus. Ini satu fahaman yang salah (kurafat al-amin...)

sepatutnya formulanya adalah:
muka baik = andalus/masyab/pengawas/pustakawan dan lain-lain.

Tu sahaja rasanya setakat ini. Kalau ada soalan sila lakan untuk bertanya....
Syukran di atas soalan yang kelakar untuk penulis menjawabnya...

Nurazah Fathirah berkata...

ANDALUS = angkatan dakwah dan latihan ummah sekolah. erm. kalau anda aktif berdakwah, selalu cegah2 org, selalu amar maaruf...tak salah org panggil anta ada muka andalus.

anda muslim.wajib untuk mencegah dan menyeru.tahniah atas gelaran baik itu..uniknya ada muka andalus tapi tak perlu pegang amanah dlm organisasi andalus~~

MuhammadS-3x berkata...

satu pandangan yang bagus dan bole diterima.

memang selaku seorang muslim kita perlu menyeru dan mencegah. syukran diatas ulasan anda yang baik itu.