Unggun api merupakan salah satu perkara yang penting apabila kita berada di dalam hutan terutamanya pada waktu malam. Ia juga dapat memberikan pelbagai manfaat dan kegunaan.
Antara faktor pentingnya unggun api ialah:
1) Menghindarkan binatang buas.
2) Menerangi kawasan hutan atau tapak khemah.
Antara manfaat unggun api pula ialah:
1) Dapat mengeringkan pakaian yang basah.
2) Dapat memanaskan badan pada waktu malam.
Pelbagai cara boleh digunakan untuk menghidupkan api. Salah satu contoh cara untuk hidupkan unggun api ialah:
(BAHAN2: mancis, lilin askar, ranting kayu, kayu mati)
1) Korek lubang sedikit untuk memberi ruang kepada lilin askar diletakkan. 2) Susun ranting kayu yang telah dikumpul di atas lubang dengan susunan yang kemas dan mempunyai ruang udara untuk api mengambil gas oksigen. 3) Hidupkan api dekat lilin askar. 4) Letakkan lilin askar yang ada api, di bawah ranting kayu yang telah disusun dengan rapi. 5) Apabila api sudah membakar ranting kayu, letakkan kayu yang lebih besar daripada ranting kayu di atas ranting kayu tadi. 6) Ulang langkah nombor 3 sehingga unggun api tersebut sudah menghasilkan bara yang kuat. 7) Masukkan kayu yang besar di atas unggun api yang telah jadi bagi mengekalkan unggun api tersebut terus hidup.
Antara bahan yang selalu digunakan untuk menghidupkan api ialah mancis, lilin, lighter, dan sebagainya. Bahan yang boleh digunakan untuk mengekalkan api bertahan lebih lama antaranya ialah kayu mati, buluh kering(kuning), dan sebagainya.
Semua ilmu ini datangnya daripada ALLAH yang maha pemurah. Saya hanya hamba yang lemah dan sekadar penyampainya sahaja. Segala kesalahan harap dimaafkan dan ditegur untuk membaiki kelemahan yang ada.
Sampai sini sahaja tulisan saya. Harap anda dapat memahami dan mengambil faedah daripada petikan ini. Dijemput segala komen yang ada untuk membaiki kelemahan ini.
5 ulasan:
Assalamualaikum...
kepada sesiapa yang mempunyai soalan boleh bertanya terus kepada saya selagi saya boleh jawab...
walamak..
hahaha..pakcik Sulaiman bg guide ah..tahniah3
haha...apapun mula2 nak ucapkan tahniah kerana dapat sampai ke blog ana...persoalannya bagaimana bole sampai sini?(harap jawab)
petikan ini saja nak kongsi ilmu yang ada...supaya org lain dapat manfaatnya...
akhir kata Selamat Datang, terima kasih, dan tahniah...
harap dapat selalu lagi singgah sini...
salam....hmm bags juga post nih, mmbr lbh pengatahuan..
truskan usaha sbg masyab yg beriman..
Salamun ditujukan kepada "ricemix".
Alhamdulillah, pujian itu sebenarnya hanya milik ALLAH. Saya sekadar penyampainya sahaja. Insya ALLAH, lepas ni mana ilmu pengetahuan yang saya ada saya akan cuba terbitkan mengikut kemampuan dan kemahuan saya. kalau ada kesempatan jemput la lihat blog ini lagi.
Sekian, syukran wa s-salam...
Catat Ulasan