Selamat sejahtera kepada anda semua. Kali ini saya mahu menceritakan sedikit pengalaman hidup saya pada tahun 2009. Ceritanya bermula dengan...
Tanggal 9 DISEMBER 2009, mencatatkan sejarah kelabu bagi diriku ini. Disaat-saat
akhir sebulan menghadapi peperiksaan SPM tiba-tiba aku telah terlibat dengan satu
kemalangan di jalanraya yang membabitkan aku dan pengguna lain. Kejadian kemalangan
ini aku gelarkan sebagai "peristiwa".
Lumrah seorang manusia yang dikurniakan akal fikiran oleh ALLAH(maha pencipta),
membuatkan aku banyak berfikir tentang peristiwa itu. Antaranya ialah
persoalan-persoalan yang datang secara sendirinya. Contohnya, Bagaimana kejadian ini
boleh berlaku? Adakah aku yang bersalah/berdosa? Adakah ini ujian dari ALLAH? Apa
sebabnya berlaku? Apa yag akan terjadi pada diriku? Bagaimana perasaan ibubapaku?
Bagaimana aku boleh terselamat? Cuba fikir...
Selepas peristiwa tersebut aku dapat merasakan kehilangan beberapa nikmat yang
ALLAH pernah beri kepada aku sebelum ini.
Antara nikmat tersebut ialah nikmat KESIHATAN, dimana aku merasai betapa sengsaranya
apabila kita sakit. Disebabkan peristiwa itu, aku telah dapat beberapa luka yang
agak teruk dan juga tidak berapa teruk dibeberapa bahagian dekat tubuh badan aku.
Pedihnya kesakitan luka yang aku alami ditubuh badan menyebabkan beberapa bentuk
pergerakan badan, tangan dan kaki tidak boleh dilakukan. Tambahan pula bila pergi
klinik dapat pula ubat-ubatan yang pelbagai. Untuk pengetahuan aku memang kurang
minat untuk makan ubat, kerana makan ubat akan mengganggu jadual rutin harian aku.
Terutama sekali ubat antibiotik yang akan melemahkan antibodi original aku.
Aku nak fokuskan lagi kepada nikmat TANGAN. Ini kerana antara luka aku yang paling
teruk ialah dekat tangan(siku). Selepas sahaja peristiwa itu aku pun melihat kesemua
luka-luka yang aku dapat secara percuma. Apabila melihat sahaja pada luka dekat
siku, aku pun mula geli dan berfikir inilah dia antara nikmat yang ALLAH berikan
yang selalu dan ramai orang abaikan. Disebabkan luka tersebut, tangan aku susah nak
bergerak banyak dan aku selalu meluruskan sahaja tangan aku seperti robot.
Persoalannya, bagaimana aku nak menghadapi dengan kawan-kawanku, guru-guruku, dan
pengawas peperiksaanku di sekolah nanti? Apa aku nak jawab nanti? Berfikirlah aku
lagi. Akhirnya saat yang dinantikan pun tiba. Semua persoalan terjawab apabila aku
hadir sahaja dekat sekolah pertama kali selepas peristiwa untuk menghadiri bengkel
Bahasa Arab yang terakhir. Seperti jangkaan aku terdapat beberapa orang yang
menanyakan tentang luka aku dan mereka tidak menyangka aku akan terlibat dalam
kemalangan. Golongan pertama sekali bertanya kepada aku ialah kawan-kawanku,
kemudian pengawas peperiksaanku, dan akhir sekali guru-guruku. Jawapan aku pada
mereka pada masa itu ialah aku kemalangan kecil sahaja dan tidak teruk sangat. Masa
itu aku terpaksa buat muka tebal sedikit untuk 'control' di khalayak ramai.
Terdapat seorang kawanku yang bertanya aku dengan nada taksub "kau kemalangan ke?
dekat mana? macam mana kau boleh kemalangan? ceritalah sikit" kata Ghazi(bukan nama
sebenar). Aku jawab, nantilah aku akan cerita (personal) sebab nanti bila ramai yang
dengar, malu aku. Pada masa tu terdapat bengkel bahasa arab(antara subjek kesukaan
aku) yang terakhir. Dalam sehari tu hampir tiga kali(tak silap), Ghazi tanya dekat
aku soalan yang sama semasa bengkel sedang berjalan. Hilang tumpuan aku[sedih ;( ].
Seterusnya aku nak beritahu tentang nikmat AIR. Semestinyalah luka yang teruk tidak
boleh kena air. Oleh itu semasa mengambil wudhu kenalah aku berwaspada dan menahan
kesakitan tersebut apabila setiap kali tibanya waktu solat. Selain itu ketika makan
pula selalunya aku akan basuh tangan dahulu dengan air akan tetapi selepas peristiwa
itu, aku terpaksa guna sudu dan garfu sahaja. Oleh itu aku tidak dapat menggunakan
nikmat air dengan sepenuhnya.
Nikmat kali ini pula ialah nikmat MENULIS. Aku mula merasakan nikmat ini apabila aku
mahu membuat latihan untuk menghadapi peperiksaan SPM yang seterusnya. Apabila
tangan aku tidak boleh banyak bergerak, gaya tulisan aku juga turut berubah.
Perubahan ini membuatkan tulisan aku semakin kurang kemas dan cantik. Aku berfikir
lagi, mungkin ini dia salah satu ujian yang diberikan oleh ALLAH kepada diriku ini.
Mahu menguji kesabaran aku dan tempat bergantungnya aku. Alhamdulillah aku masih
mengingati ALLAH dan memohon kepadanya agar permudahkan aku ketika menjawab soalan
SPM yang akan datang nanti. Semasa menjawab soalan SPM aku diberi kekuatan untuk
menulis dengan baik dan lancar walaupun terdapat sedikit kelemahan sehinggalah
tamatnya kertas peperiksan SPM yang terakhir. Alhamdulillah, aku akhiri peperiksaan
tersebut dengan sujud syukur kepada yang MAHA ESA.
Disamping itu, antara hikmah yang aku perolehi daripada peristiwa itu ialah aku
dapat mengetahui cara memandu yang lebih baik untuk diaplikasikan pada masa akan
datang. Pengalaman memandu juga turut memberikan aku satu tamparan yang hebat
sehingga membuatkan aku mengatakan bahawa kita perlu memandu secara bijak. Tidak
penting siapa yang salah, yang penting ialah keselamatan kita dan semua pihak.
Pengalaman memandu sehingga kemalangan merupakan satu kelebihan yang diberikan oleh
ALLAH kepada aku. Oleh itu aku tidak akan mensia-siakan anugerah ini.
dan akhirnya aku dapat banyak pengajaran yang boleh diambil iktibar dan belajar dari
kesilapan. Oleh demikian aku hendak pesan kepada diriku sendiri dan para pembaca
sekalian, "Bersyukurlah kita dengan SEMUA nikmat yang diberikan kepada kita oleh
ALLAH, tanpa membandingkan dengan orang yang lebih mewah dari kita.
maaf tak reti nak buat ayat gramatis dan intonasi yang sesuai...
akan bersambung pada masa akan datang. Harap dapat bersabar.
6 ulasan:
bila nak sambung...lame tunggu ni
he'em..
tunggu2 juga sambungan nya ni
hazim => insya ALLAH ana akan sambung sedikit demi sedikit. Harap maklum dan bersabar.
amin.mh => selamat menunggu!!! ;)
hahahah banyak la kau ni leman. kau ingat ni drama carekarama bersiri ke? ahahahahaha
ghazi?? takleh bla. hahahaha
-.rashid.- => tula anta rashid sikit2 cerekarama da terpengaruh. sbb banyak sangat tengok cerita kat tv. cakap orang pandai, yang "xplorasi '09(bersambung selepas 3 hari)" tak disambung-sambung, adakah janji 0???hahaha
ana namakan Ghazi sbb ada makna tersirat disitu.haha.harap2 faham. buat2 faham...
takda mood lagi la nak tulis. lain kali sajalah
Catat Ulasan